Rentaka logistik · sejak 2023
EN Sebut Harga
UtamaIndeks Kos Hantar Kereta
// INDEKS KOS · DIKEMASKINI MEI 2026

Indeks Kos Hantar Kereta Malaysia.

Rujukan telus untuk kos penghantaran kenderaan dari Semenanjung ke Sabah & Sarawak (dan balik). Bukan sebut harga rasmi — ini benchmark untuk anda faham apa yang menentukan harga sebelum minta quote tepat. Insurans Marin dikira berasingan (ikut Insured Value).

RM 1,200
Benchmark terendah · motorsikal
6 port
Sabah & Sarawak dari Port Klang
2023
Sejak · 500+ kenderaan
All-risk
Insurans Marin, ikut Insured Value
// 01 — Benchmark ikut jenis kenderaan

Julat harga RORO ex Port Klang.

Julat benchmark merentas port yang sudah disahkan. Untuk kelas atau port yang belum kami umumkan, semak terus dengan pegawai — kami tak siarkan harga anggaran.

Jenis kenderaanContoh modelJulat benchmark (one-way)
Motorsikal Kapcai · cruiser · superbike RM 1,200 – RM 1,565
Sedan / Hatchback Vios · City · Saga · Persona RM 2,000 – RM 2,555
SUV / MPV CR-V · X70 · Vellfire · Alphard RM 2,100 – RM 2,675
Pickup 4×4 Hilux · Triton · Ranger · Navara Semak
Van Hiace · Urvan · Alphard Semak
Lori 1-Ton Hino · Fuso · Isuzu komersial Semak

// Benchmark = julat merentas port disahkan, satu hala. Harga tepat ikut port, tarikh kapal & dimensi sebenar. Lihat tariff penuh & compass →

// 02 — Apa yang menentukan kos anda

6 faktor penentu harga.

Laluan & jarak

Jarak laut dari Port Klang ke port destinasi. Kuching (~4–7 hari) lebih dekat berbanding Kota Kinabalu (~7–9 hari) atau port sekunder seperti Tawau.

Kelas & saiz kenderaan

Motorsikal paling murah; sedan, SUV/MPV, pickup, van, lori naik mengikut ruang dek (lane-metre) dan berat. Lori & jentera dikira khas.

Kaedah (RORO vs kontena)

RORO (pandu naik) paling kos efisien untuk kenderaan boleh dipandu. Kontena berkunci lebih mahal tapi perlindungan penuh untuk kereta premium.

Arah (pergi vs balik)

Tariff arah balik (Sabah/Sarawak → Port Klang) berbeza sedikit daripada arah pergi, bergantung kepada keseimbangan muatan kapal.

Musim & permintaan

Slot kapal lebih ketat musim perayaan & balik kampung. Tempah awal mengelak premium last-minute.

Insurans & add-on

Insurans Marin dikira berasingan (ikut Insured Value kenderaan anda). Pickup dari rumah +RM 250. Pelepasan kastam & dokumentasi termasuk.

// 03 — Cara kami harga

Telus, tanpa caj tersembunyi.

Setiap sebut harga Rentaka dikira dari kelas kenderaan + port destinasi + kaedah (RORO/kontena), dengan pengendalian pelabuhan dan dokumentasi sudah termasuk. Harga adalah port-to-port, belum termasuk Insurans Marin. Premium dikira berdasarkan Insured Value kenderaan anda — merujuk polisi insurans kenderaan sedia ada — dan disahkan sekali dengan sebut harga. Tiada caj kejutan di hujung. Untuk kelas atau laluan yang rate belum disahkan secara umum (cth Lori, Van, Jentera Berat, atau port sekunder), pegawai kami beri harga tepat dengan segera — bukan anggaran kabur.

// 04 — Soalan Lazim

Soalan lazim kos.

Berapa kos hantar kereta ke Sabah & Sarawak?

Benchmark RORO: motorsikal dari RM 1,200, sedan RM 2,000–2,540, SUV/MPV RM 2,100–2,640 — Insurans Marin dikira berasingan (ikut Insured Value). Untuk Lori, Van, Jentera Berat atau port sekunder (Sandakan/Tawau/Sibu), semak dengan pegawai untuk harga tepat.

Apa yang termasuk dalam harga?

Setiap tariff RORO termasuk pengendalian pelabuhan dan dokumentasi kastam. Harga adalah port-to-port, belum termasuk Insurans Marin. Premium dikira berdasarkan Insured Value kenderaan anda — merujuk polisi insurans kenderaan sedia ada — dan disahkan sekali dengan sebut harga. Pickup dari rumah +RM 250. Tiada caj tersembunyi.

Kenapa harga berbeza ikut port?

Jarak laut dan kekerapan pelayaran. Kuching (~4–7 hari) biasanya lebih murah berbanding Kota Kinabalu (~7–9 hari) atau port sekunder seperti Sandakan dan Tawau.

RORO atau kontena — mana lebih murah?

RORO (pandu naik) kira-kira 20–30% lebih murah untuk kenderaan yang boleh dipandu. Kontena berkunci lebih mahal tetapi beri perlindungan penuh untuk kereta premium atau bila hantar barang bersama.

Harga arah balik (Sabah/Sarawak → Klang) sama?

Berbeza sedikit. Contoh disahkan: KK → Port Klang sedan RM 2,540 / SUV RM 2,640; Kuching → Port Klang sedan RM 1,995 / SUV RM 2,065; motorsikal RM 1,285.

Bila indeks ini dikemaskini?

Disemak setiap musim/tahun — kemaskini terakhir Mei 2026. Untuk rate tepat ikut tarikh kapal, dapatkan sebut harga 60 saat atau WhatsApp pegawai kami.