Selamat & Terjamin
RORO + SOP pemeriksaan ketat. Insurans Marin melindungi setiap kenderaan dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung — perlindungan mengikut Insured Value kenderaan anda.
Penghantaran RORO return journey dari Sabah/Sarawak (KK, Sandakan, Tawau, Kuching, Bintulu) ke Port Klang. 13 langkah didokumentasi penuh, harga dari RM 1,995, Insurans Marin dikira berasingan, update real-time via WhatsApp.
Kos hantar kereta dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung bermula RM 1,995 (sedan, Kuching → Port Klang) dan RM 2,540 (sedan) hingga RM 2,640 (SUV/MPV) dari Kota Kinabalu → Port Klang, melalui return journey kapal RORO ke Port Klang. Tempoh penghantaran 10–14 hari (transit laut 5–9 hari); Insurans Marin dikira berasingan (ikut Insured Value). Untuk kadar dari Sibu/Sandakan/Tawau, semak dengan pegawai kami.
Kami pakar dalam servis return journey dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung dengan rekod terbukti 500+ kenderaan dihantar dan kepercayaan pelanggan sejak 2023.
RORO + SOP pemeriksaan ketat. Insurans Marin melindungi setiap kenderaan dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung — perlindungan mengikut Insured Value kenderaan anda.
Tiada caj tersembunyi, semua jelas dari sebut harga awal. Bermula RM 1,995 untuk sedan dari Kuching ke Klang.
Pakar route reverse Sabah/Sarawak → Semenanjung. Slot kapal RORO konsisten 2× seminggu balik ke Port Klang.
DO, borang, bukti serahan disediakan setiap kenderaan. Audit trail penuh dari port asal ke Klang.
WhatsApp setiap fasa perjalanan, foto setiap titik transit. Tenang sepanjang return journey.
Pegawai negeri di Sabah & Sarawak handle pickup + dokumentasi. Agent Klang uruskan delivery akhir.
Proses hantar kereta ke Semenanjung yang telus dan tersusun dari awal hingga akhir — 13 langkah mudah. Masa, lokasi, foto — semua dihantar ke WhatsApp anda real-time. Audit trail penuh dari port asal Sabah/Sarawak ke Port Klang.
Hubungi Rentaka melalui WhatsApp, telefon atau borang online untuk dapatkan maklumat dan sebut harga awal hantar kereta ke Semenanjung.
Kami berikan harga telus berdasarkan jenis kenderaan, port asal (KK/Sandakan/Tawau/Kuching/Bintulu), dan tarikh penghantaran.
Sahkan penghantaran dengan buat deposit. Kami akan keluarkan resit rasmi dan dokumen berkaitan.
Kami tempah slot kapal RORO mengikut tarikh pilihan anda dan maklumkan jadual penghantaran balik ke Port Klang.
Serahkan kenderaan di yard kami di port asal (Sepanggar/Sandakan/Tawau/Pending/Bintulu) atau gunakan servis pickup.
Pemeriksaan menyeluruh kenderaan dan dokumentasi lengkap di port asal. Anda terima laporan + gambar via WhatsApp.
Kenderaan disimpan dengan selamat di transit yard berpagar 24/7 di Sabah/Sarawak sementara menunggu tarikh kapal.
Kenderaan dimuat ke atas kapal RORO oleh team profesional kami di port asal. Proses loading selamat dan cekap.
Kapal tiba di Port Klang selepas 5-9 hari transit (bergantung port asal). Kenderaan diturunkan dan proses clearance bermula.
Agent kami di Klang akan hubungi anda untuk aturkan penghantaran atau pickup. Custom clearance dimulakan.
Setelah disahkan kenderaan tiba dengan selamat di Klang, dokumentasi serahan akhir disediakan.
Kenderaan dihantar ke lokasi anda di Semenanjung. Anda perlu sediakan IC + key acknowledgment untuk verifikasi.
Tempoh 1-3 hari grace period untuk aduan (jika ada). Tiada isu? Kes ditutup dan transaksi selesai. Terima kasih!
Pilih kaedah terbaik untuk hantar kereta ke Semenanjung mengikut keperluan anda. Tak kira RORO, Kontena, atau Feri — 13 langkah di atas tetap dijalankan. Yang berubah hanyalah cara kenderaan diangkut balik ke Port Klang.
Roll-on/Roll-off — kereta dipandu terus naik kapal di port Sabah/Sarawak. Kos efisien, jadual tetap & teratur, selamat untuk sedan/SUV, proses cepat. Mula RM 1,995.
Kenderaan dimuat dalam kontena berkunci. Premium terlindung sepenuhnya, sesuai kereta mewah/klasik & kalau nak hantar barangan banyak bersama, kos lebih tinggi. Harga semak dengan pegawai kami.
Terhad kepada laluan tertentu, bergantung jadual feri, tidak semua kenderaan sesuai, kapasiti terhad. Quote khas.
Anggaran kos hantar kereta dari port utama Sabah/Sarawak (KK, Kuching, Bintulu) ke Port Klang. Harga muktamad selepas pengesahan tarikh & dimensi kenderaan.
// Semua route destinasi Port Klang. Insurans Marin dikira berasingan (ikut Insured Value). Door-to-door pickup +RM 250. Sandakan/Tawau/Sibu/Miri quote khas, hubungi kami. *Harga tertakluk kepada perubahan.
Pengalaman sebenar pelanggan yang guna servis hantar kereta dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung kami.
"Balik kampung dari KK ke Penang, kereta sampai elok. Smooth!"
"Process return journey lancar. Pegawai Sarawak help full."
"Pickup di Bintulu, hantar terus ke JB. Tracking jelas."
Keseluruhan proses mengambil masa 11-18 hari bergantung kepada port asal dan jadual kapal. Transit laut dari Kuching ke Port Klang biasanya 5-7 hari; dari Kota Kinabalu 7-9 hari. Proses penuh termasuk dokumentasi di Sabah/Sarawak, pelayaran RORO, custom clearance di Klang, dan penghantaran akhir ke lokasi anda di Semenanjung.
Harga bermula RM 1,425 untuk motorsikal, RM 2,540 untuk Kereta Penumpang (sedan/compact - Vios, City, Saga), dan RM 2,640 untuk Kereta Komersial (SUV/MPV - CR-V, X70, Vellfire). Untuk pickup truck, harga semak dengan pegawai kami. Untuk route Kuching → Klang lebih murah bermula RM 1,995. Harga adalah port-to-port, belum termasuk Insurans Marin. Premium dikira berdasarkan Insured Value kenderaan anda — merujuk polisi insurans kenderaan sedia ada — dan disahkan sekali dengan sebut harga.
Untuk penghantaran kereta dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia: Kereta Penumpang RM 1,995, Kereta Komersial RM 2,065. Harga ini termasuk dokumentasi penuh; Insurans Marin dikira berasingan (ikut Insured Value). Hantar via WhatsApp untuk sebut harga rasmi mengikut model kereta anda.
Hanya item dibenarkan dan tidak berharga. Kami sarankan kosongkan kereta atau hanya simpan barang keperluan asas. Elakkan simpan dokumen penting, wang tunai, atau barang elektronik mahal. Untuk hantar barang banyak bersama kereta, gunakan kontena (bukan RORO).
Ya, insurans adalah wajib untuk penghantaran melalui RORO & Kontena. Harga adalah port-to-port, belum termasuk Insurans Marin. Premium dikira berdasarkan Insured Value kenderaan anda — merujuk polisi insurans kenderaan sedia ada — dan disahkan sekali dengan sebut harga.
Ya, kami tawarkan servis pickup dari rumah di Sabah (Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau) dan Sarawak (Kuching, Sibu, Bintulu, Miri). Caj tambahan bergantung lokasi dari yard. Hubungi kami untuk pengesahan ketersediaan dan kuotasi pickup.
Kami akan maklumkan anda segera jika ada perubahan jadual kapal. Kami bantu jadual semula tanpa caj tambahan dan pastikan tarikh alternatif yang sesuai untuk anda. Untuk return journey, slot lebih terhad — book awal disyorkan.
Salinan IC pemilik, salinan geran kenderaan (jika ada), dan butiran lengkap kenderaan (nombor plat, model, warna). Untuk pengeluaran kenderaan dari Sabah/Sarawak ke Semenanjung, sebahagian dokumen kastam mungkin diperlukan — kami akan guide anda semasa proses booking.
Pastikan fuel hanya pada paras minimum (cukup untuk naik/turun dari kapal). Bateri mesti sihat dan berfungsi untuk proses loading/unloading. Kami akan inspect di yard sebelum muat ke kapal di port asal Sabah/Sarawak.
Hubungi team hantar kereta ke Semenanjung kami. Respon WhatsApp pantas 9 pagi – 7 malam. Email sebut harga dalam 24 jam.
Sailings 2× seminggu balik ke Port Klang dari Sabah/Sarawak, slot terhad ikut musim cuti. Tempah awal — dapatkan tarikh keberangkatan pilihan anda. Sebut harga dengan segera.
Saiful BahrinCustomer Relations Lead→ Hantar KenderaanHi —, sebut harga rasmi akan dihantar ke — dengan segera. Pasukan kami WhatsApp anda kalau perlu butiran tambahan.
WhatsApp follow-up segera